Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
idea :
Thursday, December 24, 2009
Pisang kan ada zat
Posted by pulut itam at 5:29 PM 0 comments
Thursday, December 17, 2009
Sepupu-sepapat Pisang
Ni la sebahagian keluarga pisang.
NAMA DAN JENIS-JENIS PISANG
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan;Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.
Pisang-pisang tersebut adalah jenis pisang tanduk. rastali, emas, abu kepik, berangan,jari kera, awak dan pisang masam.
idea :
Posted by pulut itam at 8:00 AM 0 comments
Pisang dah Jadi Serawa
Serawa Pisang
Bahan-bahan:
5-6 biji pisang (ikut suka jenis pisang apa)
50gram sagu (agak2 ler)
5 sudu besar gula pasir.
1 tin santan pekat (400ml)pakai santan ori lagi sedap.
Air secukupnya
Secubit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara:
Masak santan pekat dalam periuk dengan menggunakan api yg perlahan. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. Jgn biarkan santan menggelegak terlalu kuat sbb nanti pecah santan. Masukkan daun pandan, gula apong (gula melaka), gula & secubit garam. Pisang dipotong ikut suka (akak suka potong menyerong). Cuci sagu kemudian toskan. Tunggu hingga santan agak masak sedikit baru masukkan pisang. Biar sebentar.
Masukkan sagu & biar sagu masak baru tutup api.
idea :
Posted by pulut itam at 7:31 AM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
Jantung Pisang Jadi Kerabu
Kerabu Jatung Pisang
Bahan - bahan
300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
1 sudu besar kerisik
3 biji cili merah - dihiris
2 sudu kecil air limau nipis
garam & gula pasir secukup rasa
Bahan dikisar :
3 sudu besra udang kering
3 ulas bawang merah
Cara membuatnya
1. jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.
masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. bubuhkan bahan - bahan yang lain. gaulkan
hingga rata.
idea :
Posted by pulut itam at 6:44 AM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
Daun Pisang Jadi Pembalut
Kegunaan Daun Pisang
Daun pisang juga digunakan sebagai pembalut makanan. Antara pembalut terbaik dan mempunyai aura bau yang cukup mengasikan.
idea :
Posted by pulut itam at 10:10 AM 0 comments
Pisang pun kena Goreng
Pisang Goreng.
Bahan-bahan
•7 biji pisang siam/nangka
•1 1/2 cawan tepong gandum
•1 1/2 cawan air
•1/2 sudu teh garam
•1 sudu teh kunyit serbuk
•3 sudu besar minyak masak
•Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara
1.Pisang di potong serong-serong. Biar potongan tu nampak cantik dan kecil-kecil..
2.Bancuh adunan tepong, garam, serbuk kunyit, air dan minyak masak. Bila dah sekata, masukan pisang sedikit demi sedikit, cukup untuk sekali gorengan.
3.Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng pisang kita tu..dan mula lah mengoreng macam biasa..
4.Bila dah kekuningan, angkat. Siap untuk di hidangkan..sabar..tunggu suam sedikit baru boleh makan..
idea :
Posted by pulut itam at 10:02 AM 0 comments
Pisang Jadi Gulai
Gulai Pisang
300 gm udang
1.5 cm kunyit hidup
10 biji pisang abu muda
10 biji cili kering
1 biji kelapa
1 sudu besar minyak
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Cara:
Buang kulit pisang dan potong serong-serong setebal 1 cm. Rendam di dalam air garam. Tumbuk atau ketumbar, lada hitam, jintan manis, cili kering, bawang putih dan kunyit hidup. Goreng 1 sudu besar kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat. Jerang rempah-rempah yang telah di mesin dengan kemancar santan dan kerisik. Masukkan pisang, garam dan udang. Kacau hingga pisang empuk. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Apabila mendidih angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dimayang dan jintan manis. Apabila kuning kaut dan masukkan ke dalam masakan. Tutup tudung periuk supaya bau wangi terperangkap.
idea :
Posted by pulut itam at 9:50 AM 0 comments
Pisang dah Jadi Apam
Apam Pisang.
Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula (boleh juga buat hanya buh 3/4 cawan..manisnyer sedang-sedang sajer)
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
Cara:
1. Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata.
2. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
3. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.
idea :
Posted by pulut itam at 6:18 AM 0 comments
Pisang dah Jadi Kerepak
Kerepak Pisang.
Bahan-bahan
•4 biji pisang tanduk
•minyak utk menggoreng
•sedikit garam
Cara-cara
1.Panaskan minyak. Letakkan sedikit garam didalamnya.
2.Bila minyak sudah panas sangat terus pisang ke dalam kuali. Api biar sederhana besar.
3.Goreng sampai kuning. Angkat dan toskan minyak.
4.Sedia untuk dimakan.
idea :
Posted by pulut itam at 6:09 AM 0 comments
Pisang Jadi Lepat
Bahan-bahan.
• 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
• 4 biji pisang yg dilenyek halus
• 70 gm tpg gandum
• 30 gm tpg jagung
• 70 gm gula melaka dicincang halus
• 4 sb pati santan
• secubit garam
Cara-cara
1.layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
2.Pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tepung gandum,tepung jagung,gula,garam dan pati santan.
3.Kalau adunan lembut,tambah tepung gandum sedikit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
4.Adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
5.Daun dilipat menindih dan lipat kedua-dua hujung untuk membungkus.
6.Air dalam pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dalam pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
idea :
Posted by pulut itam at 4:47 AM 0 comments
Pisang Jadi Kek
Bahan-bahan ( saiz biasa )
* 7 biji pisang berangan
* 1 cawan minyak masak
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 5 biji telur
* 2 cawan gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 cawan gandum
Cara-cara
1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla
(bolehjuga di blend)
3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C
idea :
Posted by pulut itam at 3:50 AM 0 comments
Dari Hal Pisang
Cara menanam
Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.
Bagi kaum Melayu di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya. Di antara kegunaan pisang adalah batangnya boleh dibuat rakit.
Daun pisang pula biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pisang merupakan buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia.
idea :
Posted by pulut itam at 3:42 AM 0 comments
Sunday, December 13, 2009
Pisang punya cerita
Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.
idea :
Posted by pulut itam at 9:55 PM 0 comments